Monday, March 9, 2009

To my dearest Boe (very the) Messi


*mari belajar bahasa melayu*

ini kawan saya. nama dia adil radhiah omar omar. saya kenal dia semasa kami berdua belajar di matrikulasi uiam. kami sudah berkawan lebih kurang 5 tahun. dia sangat istimewa. kami boleh tahu bila dia marah kerana bila dia marah, mata dia akan terkenyit-kenyit seperti kera terkena belacan (betul ke?).

tetapi, dia seorang yang baik. saya sangat sayang dia. dia masih belajar dia uiam gombak. dia masih tiada teman lelaki, tetapi tidak tahu la jikalau dia tidak memberitahu saya yang dia sudah ada teman lelaki. kadang-kala dia seorang yang suka melayan perasaan. Eh salah kenyataan itu, dia memang SELALU suka melayan perasaan. sebab itu lah, dia dikenali sebagai minah jiwang (emotional) di kalangan teman-teman rapat.

Mungkin anda ingat dia adalah seorang ahli kumpulan nasyid. Mungkin namanya membuatkan anda beranggapan begitu. Namun, sesungguhnya anda sudah membuat kesilapan yang besar kerana berfikiran begitu. Dia langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang penyanyi nasyid malahan, dia bercita-cita menjadi penyanyi rock menggantikan penyanyi rock wanita terunggul di malaysia, iaitu Ella.

Saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Tiba-tiba malam ini, saya rasa sangat rindu akan adil radhiah. Jadi, sekiranya adil radhiah mempunyai tanggapan yang saya sudah melupa akan kewujudan dirinya, dosa besar la jawabnya.

Ok, let's just stop!

In conclusion, I miss you so very fuqn much that it hurts so very bad especially tonight.

Love you <33

1 comment:

boe messi said...

i miss u too nik. funny sial kau tulis bm, abaout meeeee pulak tu. hehe. kiss kiss. see u friday the 13th kay.